Monday 10 June 2013

Dugaan dan Ujian

Assalammualaikum ,

Izinkan saya mulakan entry ini dgn memetik satu ayat daripada kitab suci al-Quran yang bermaksud :

“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya” (Al-Baqarah 286).



Dugaan dan ujian adalah masam manis kehidupan. Mudah bagi saya katakan, tanpa dugaan manusia tidak akan melepasi proses kematangan diri. Ujian menjadikan kita sentiasa bersedia untuk melepasi satu-satu fasa kehidupan. Namun ketakutan dan salah anggap pd takdir selalu menjadi punca kegagalan seseorang itu dalam memahami konsep dugaan dan ujian yang diberikan kepda kita.

Saya amat percaya pada satu perkara dimana Setiap Ujian yang datang dari Allah mempunyai satu rahsia besar yang Allah nak kita ambil pengajaran drpdanya. Allah itu maha Adil. Biasanya, ujian dan dugaan itu tidak hadir tanpa hikmah di kemudianya. Ianya terpulang kepada kita sendiri untuk membuka hati dan mata menerima hikmah itu atau pun tidak. Maksud saya, hanya manusia yang kembali melihat melalui mata hati shj yang akan merasakan hikmah ujian itu lebih dari sesiapa. Usah risau akan ujian Nya, kerana Allah tidak pernah memungkiri janji Nya. (Biasanya ujian kemiskinan dan kehilangan menjadi ujian yang sangat berat bagi seorang maklukh yang bernama manusia.)

Mungkin ramai yang memasang niat untuk menjadi senang dan kaya, tapi tak ramai yang tahu bahawa menjadi kaya itu adalah musibah bagi sesetengah org yang tak cukup kuat. Aneh bukan ?

Mengapa saya katakan ianya sebagai musibah ? kerna kekayaan dan kesenangan itu adlaah ujian yang paling berbahaya untuk kita lalui kerna kesenangan mampu membuatkan kita menjadi leka dan lalai sehingga tahap maksimum dalam hidup kita. Tiada mereka yang berjaya sekelip mata dalam dunia ni. Tanpa usaha yang keras manakan mungkin kita akan menjadi spt yang kita ingin kan bukan ? Namun setelah kita menjadi kaya, adakah hati kita kan merasa tenang ? saya yakin tidak. kerna harta adalah aset yang paling sukar dijaga. Kerana harta saudara boleh bermusuhan, nauzubillah berbunuhan. Selain itu kekayaan memerlukan pengorbanan yang besar untuk kita menguruskanya agar tidak kembali miskin. Dan menguruskanya boleh menjerumuskan kita kepada urusan duniawi yang berlebihan. Bisa sja kita sudah tidak rajin ke masjid , juga ke kuliah-kuliah agama spt sebelumnya. Kepenatan juga memberatkan badan kita untuk bangun malam berhajat kepadaNya, dan kesenangan juga melupakan kita kepadaNya. Namun saya merasa gembira dan respect kepada mereka yang berjaya melepasi ujian kesenangan ini dgn berjaya. 

saya bawakan sebuah kisah menarik yang saya baca dr facebook. Tentang nilai dan manfaat wang kertas RM1.00 dan RM100 secara simbolik.

********************************

Wang RM 100 & RM1.00 sama2 terbuat dr kertas dan sama2 dicetak oleh BNM. Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat. Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual :

RM100 bertanya kpd RM1.00, 

"Knp badan km begitu lusuh, kotor dan berbau busuk?" 

RM1.00 menjawab, 

"Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis" 

Lalu RM1.00 Bertanya balik kpd RM100, 

"Knp km kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" 

Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & jg hotel2 berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet"

Lalu RM1.00 bertanya lg,

"Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?" 

Dijawablah, "tidak pernah" 

RM 1.00 pun berkata lg, "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak2 yatim, bahkan aku selalu bersyukur kpd TUHAN. Aku tdk dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"

Akhirnya menangislah RM 100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tdk begitu bermanfaat selama ini
.

********************************

Bersiap sedia la dengan ujian dan dugaan kerna ujian dan dugaan itu kan datang pada bila2 masa. orang tua2 kata langit tak selalu cerah.. sesiapapun tak kan pernah terlepas daripada ujian dan dugaan. Yang kaya dan sempurna mungkin di uji dgn kesenangan, yang bahagia mungkin diuji dgn kehilangan. Semuanya, tak ada yang terkecuali. Mohon lah unuk dikuatkan hati dan daya melepasinya.. InshaaAllah . Wallahu'alam.





0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com