Monday 10 June 2013

Dugaan dan Ujian

Assalammualaikum ,

Izinkan saya mulakan entry ini dgn memetik satu ayat daripada kitab suci al-Quran yang bermaksud :

“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya” (Al-Baqarah 286).



Dugaan dan ujian adalah masam manis kehidupan. Mudah bagi saya katakan, tanpa dugaan manusia tidak akan melepasi proses kematangan diri. Ujian menjadikan kita sentiasa bersedia untuk melepasi satu-satu fasa kehidupan. Namun ketakutan dan salah anggap pd takdir selalu menjadi punca kegagalan seseorang itu dalam memahami konsep dugaan dan ujian yang diberikan kepda kita.

Saya amat percaya pada satu perkara dimana Setiap Ujian yang datang dari Allah mempunyai satu rahsia besar yang Allah nak kita ambil pengajaran drpdanya. Allah itu maha Adil. Biasanya, ujian dan dugaan itu tidak hadir tanpa hikmah di kemudianya. Ianya terpulang kepada kita sendiri untuk membuka hati dan mata menerima hikmah itu atau pun tidak. Maksud saya, hanya manusia yang kembali melihat melalui mata hati shj yang akan merasakan hikmah ujian itu lebih dari sesiapa. Usah risau akan ujian Nya, kerana Allah tidak pernah memungkiri janji Nya. (Biasanya ujian kemiskinan dan kehilangan menjadi ujian yang sangat berat bagi seorang maklukh yang bernama manusia.)

Mungkin ramai yang memasang niat untuk menjadi senang dan kaya, tapi tak ramai yang tahu bahawa menjadi kaya itu adalah musibah bagi sesetengah org yang tak cukup kuat. Aneh bukan ?

Mengapa saya katakan ianya sebagai musibah ? kerna kekayaan dan kesenangan itu adlaah ujian yang paling berbahaya untuk kita lalui kerna kesenangan mampu membuatkan kita menjadi leka dan lalai sehingga tahap maksimum dalam hidup kita. Tiada mereka yang berjaya sekelip mata dalam dunia ni. Tanpa usaha yang keras manakan mungkin kita akan menjadi spt yang kita ingin kan bukan ? Namun setelah kita menjadi kaya, adakah hati kita kan merasa tenang ? saya yakin tidak. kerna harta adalah aset yang paling sukar dijaga. Kerana harta saudara boleh bermusuhan, nauzubillah berbunuhan. Selain itu kekayaan memerlukan pengorbanan yang besar untuk kita menguruskanya agar tidak kembali miskin. Dan menguruskanya boleh menjerumuskan kita kepada urusan duniawi yang berlebihan. Bisa sja kita sudah tidak rajin ke masjid , juga ke kuliah-kuliah agama spt sebelumnya. Kepenatan juga memberatkan badan kita untuk bangun malam berhajat kepadaNya, dan kesenangan juga melupakan kita kepadaNya. Namun saya merasa gembira dan respect kepada mereka yang berjaya melepasi ujian kesenangan ini dgn berjaya. 

saya bawakan sebuah kisah menarik yang saya baca dr facebook. Tentang nilai dan manfaat wang kertas RM1.00 dan RM100 secara simbolik.

********************************

Wang RM 100 & RM1.00 sama2 terbuat dr kertas dan sama2 dicetak oleh BNM. Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat. Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual :

RM100 bertanya kpd RM1.00, 

"Knp badan km begitu lusuh, kotor dan berbau busuk?" 

RM1.00 menjawab, 

"Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis" 

Lalu RM1.00 Bertanya balik kpd RM100, 

"Knp km kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" 

Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & jg hotel2 berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet"

Lalu RM1.00 bertanya lg,

"Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?" 

Dijawablah, "tidak pernah" 

RM 1.00 pun berkata lg, "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak2 yatim, bahkan aku selalu bersyukur kpd TUHAN. Aku tdk dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"

Akhirnya menangislah RM 100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tdk begitu bermanfaat selama ini
.

********************************

Bersiap sedia la dengan ujian dan dugaan kerna ujian dan dugaan itu kan datang pada bila2 masa. orang tua2 kata langit tak selalu cerah.. sesiapapun tak kan pernah terlepas daripada ujian dan dugaan. Yang kaya dan sempurna mungkin di uji dgn kesenangan, yang bahagia mungkin diuji dgn kehilangan. Semuanya, tak ada yang terkecuali. Mohon lah unuk dikuatkan hati dan daya melepasinya.. InshaaAllah . Wallahu'alam.





Saturday 8 June 2013

semua yang ditentukanya Baik !



Disini admin nak kongsi salah satu cerita dari buku kesayangan cinta hati sy yang memang setiap bulan dan tahun sy akan ulang baca. Saya xpernah jemu baca. Sebab buku ni berikan kita semangat yang kuat untuk menerima takdir dan bercinta dengan NYA. Percayalah semua yang ditentukan-Nya adalah yang terbaik !

Dari kitab karangan Syed Alwi Alatas: BILA ALLAH MENDUGA KITA

“ Saya mendengar kisah menarik ini dari seorang Ustaz, nahawa Ibnu Taimiyah b’cerita ttg seorang menteri yg sllu m’jwb ‘baik’ setiap kali ditanya pendapatnya ttg sesuatu. Suatu hari menteri itu menghadiri acara makan malam bersama raja. Ketika sedang memotong buah, raja dgn x tersengaja telah mencederakan jari telunjuknya sendiri. Pisau yang digunakan utk memotong buah telah menyebabkan jari telunjuknya terpotong dan merasa kesakitan. Raja pun bertanya pada menteri yg duduk disebelahnya tentang kejadian yg baru saja dialaminya.

“Baik, wahai Raja.” Jawab menteri itu tanpa keraguan.

“Apa? Kamu katakan ini baik ???” Raja terperanjat dgn jwpan itu.

“Ya, wahai raja. Itu baik.”

Raja sgt marah dengan jawapan itu. Mana mungkin jarinya yg luka spt itu dianggap sbg hal yg baik ? Maka dia memerintahkan menteri itu ditangkap dan dimasukkan dalam penjara. Kemudia raja mengunjungi menterinya dipenjara dan bertanya padanya ,

“sekarang, apa pendapatmu ttg keadaanmu sendri, masih mau berada dalam penjara spt ini ?”

“Baik, wahai raja.” Jawab menteri itu tanpa ragu.


Mendegar jawapan itu, Raja menjadi semakin marah dan segera meninggalkan menteri itu. Dia merasa menterinya itu sgt bodoh dan keterlaluan dlm memberikan pendapat. Bbrapa hari kemudian, raja pergi berburu didalam hutan ditemani menterinya yang lain kerana menteri yang biasa menemaninya telah dipenjarakan. Mreka pun berangkat dengan kuda menuju ke hutan. Oleh kerana menteri yg baru tidak biasa dgn cra raja menunggang kuda, akhirnya dia tertinggal jauh dibelakang. Mereka terpisah dan akhirnya raja sendri tersesat didalam hutan. Bukan hanya tersesat, raja juga ditangkap oleh sekumpulan penyembah berhala yg tinggal didalam hutan.

Raja t’sebut ditahan oleh para penyembah berhala dan ditetapkan oleh mereka sbg korban utk berhala mereka. Mereka melakukan upacara selama 7 hari dan pada hari ke-7 mereka membawa raja ke tempat persembahan. Saat raja sudah siap utk dikorbankan, mereka melihat jari telunjuk raja terpotong, lalu mereka menjadi ragu untuk mengorbankan raja. “kita hanya mempersembahkan yang terbaik dan sempurna pada berhala kita.” Kata ketua suku yg memimpin upacara tersebut. “Orang ini jari telunjuknya terpotong, jadi dia tidak layak utk mnjadi korban.”

Dgn itu, mereka melepaskan raja tersebut dan beliau kembali ke kerajaanya dengan gembira.

Selang beberapa hari slps peristiwa itu, raja teringat akan kata-kata menteri yg telah membuatnya marah ketika jarinya terpotong. Dia segera ke penjara dan b’kata kpd menteri itu “ apa yang kamu katakan ketika jari saya terpotong memang betul. Itu memang perkara yang baik.” Lalu raja menceritakan ttg apa yang dialaminya hingga akhirnya dia selamat dari ancaman kematian. Menteri itu tersenyum sambil berkata, “ saya berada dalam penjara juga adalah perkara yang bailk kerana jika sy pergi dgn raja pd hari itu sy juga akan tertangkap. Tentu sya yang akan dijadikan korban kerana anggota tubuh saya lengkap dan tidak ada cacat.” Maka Ibnu Taimiyah menutup cerita dengan mengatakan,”semua ditetapkan oleh Allah adalah baik.”  YA, semua yg ditentukanNYA baik, walaupun kita mungkin belum atau tidak mengetahui kebaikan yang ada disebalik ketentuan itu :D


 

Blog Template by BloggerCandy.com