Monday 12 December 2011

Renung Sejenak




Dunia ini hanya satu persinggahan bagi kita. Dunia yang kita tak ketahui berapa lama lagi boleh kita tinggal. Mungkinkah lagi beberapa tahun? Beberapa hari? Beberapa jam atau minit? Hala tuju kita semestinya syurga Allah kerana kehidupan di sana adalah yang kekal. Namun apa yang telah kita lakukan untuk ke syurga Allah?

Terlalu banyak dosa yang diri ini telah lakukan. Walaupon peringatan demi peringatan diberi, diri ini masih melakukan perkara-perkara yang semestinya tidak disukai Allah. Begitu sukar untuk diri ini meninggalkan perkara-perkara jahiliyah. Terlalu banyak masa terbuang untuk perkara yang tidak berfaedah sedangkan masa yang ada ini terlalu singkat untuk mengejar kesemuanya. Terlalu singkat untuk mencari bekalan ke akhirat.

Muhasabahlah diri, perbetulkan niat dan tujuan sebenar kehidupan kita sebagai khalifah Allah. Sesungguhnya dunia bukan sekadar untuk material, bahkan adalah untuk kita mengejar kebaikan sebanyak mungkin sebagai bekalan yang dapat kita gunakan di akhirat kelak.Sujudlah kita kepada Allah, mohonlah kepada Allah supaya kita terus berada di landasan yang lurus, mohonlah kepada Allah supaya kehidupan kita yang singkat ini diredhai Allah. Amiin

p/s : dunia hanya persinggahan sementara kita menuju akhirat

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwah,

Dari meja kerja,
kami bersyukur kerana diberi keizinan oleh-NYA untuk membuat blog yang tidak seberapa,tapi mungkin berpotensi untuk memberi kesan pada kami mahupun kepada anda. Jutaan terima kasih diucapkan kepada anda yang sudi melawat laman blog 'Melangit Realiti' kami yang berobjektifkan perkongsian ilmu yang bermanfaat ini.



"BALIGHU ANNI WALAU AYAH
yang bermaksud sampaikanlah olehmu walau satu ayat...hadith Nabi s.a.w.


 Atas dasar inilah kami ingin menjadikan laman blog ini sebagai ruang perkongsian ilmu maklumat juga dalam masa yang sama berperanan sebagai ilmu-ilmu dakwah yang dapat memuhasabahkan diri kita sebagai muslim a.k.a khalifah ALLAH di muka bumi yang fana ini.

 MELANGIT REALITI
Selangor International Islamic University College ( SIIUC )
Bachelor of Al-Quran & As-Sunnah with Communication

Raffa-Shatana
p/s : perindu cinta ilahi , pencinta syahid abadi


 

Blog Template by BloggerCandy.com