Monday 12 December 2011

Renung Sejenak




Dunia ini hanya satu persinggahan bagi kita. Dunia yang kita tak ketahui berapa lama lagi boleh kita tinggal. Mungkinkah lagi beberapa tahun? Beberapa hari? Beberapa jam atau minit? Hala tuju kita semestinya syurga Allah kerana kehidupan di sana adalah yang kekal. Namun apa yang telah kita lakukan untuk ke syurga Allah?

Terlalu banyak dosa yang diri ini telah lakukan. Walaupon peringatan demi peringatan diberi, diri ini masih melakukan perkara-perkara yang semestinya tidak disukai Allah. Begitu sukar untuk diri ini meninggalkan perkara-perkara jahiliyah. Terlalu banyak masa terbuang untuk perkara yang tidak berfaedah sedangkan masa yang ada ini terlalu singkat untuk mengejar kesemuanya. Terlalu singkat untuk mencari bekalan ke akhirat.

Muhasabahlah diri, perbetulkan niat dan tujuan sebenar kehidupan kita sebagai khalifah Allah. Sesungguhnya dunia bukan sekadar untuk material, bahkan adalah untuk kita mengejar kebaikan sebanyak mungkin sebagai bekalan yang dapat kita gunakan di akhirat kelak.Sujudlah kita kepada Allah, mohonlah kepada Allah supaya kita terus berada di landasan yang lurus, mohonlah kepada Allah supaya kehidupan kita yang singkat ini diredhai Allah. Amiin

p/s : dunia hanya persinggahan sementara kita menuju akhirat

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com